Friday, November 26, 2010

ISIPADU CECAIR TAHUN 2

VIDEO PERBANDINGAN ISIPADU CECAIR









PENGENALAN.

Jus buah-buahan, minuman di dalam tin atau kotak , kordial  semuanya adalah cecair. Contoh-contoh lain ialah susu, minyak masak , syampoo dan cat.Kebanyakkan cecair boleh dituang tetapi sesetengah cecair bergerak lebih pantas berbanding cecair yang lain contohnya air dengan minyak.Cecair dapat diisi di dalam pelbagai bekas yang ada ruang ,ruang yang dipenuhi cecair adalah jumlah cecair itu sebenarnya,jumlah inilah disebut  isipadu.Isipadu cecair dalam erti kata yang lebih mudah ialah kapasiti atau muatan cecair di dalam sesuatu bekas.Kapasiti  atau muatan boleh diukur dengan menggunakan unit bukan piawai ‘non standard unit’ ( lebih atau kurang) atau unit piawai (standard unit) menggunakan sistem metrik  melibatkan penggunaan unit liter (l) atau mililiter (ml).
Tersalah konsep dalam menyukat terjadi apabila kanak-kanak selalunya membuat perbandingan ukuran panjang (untuk menjadikan ukuran ketinggiannya tepat) lebih baik daripada kandungannya. Bila disoal yang mana lebih isinya , bekas yang lebih tinggi yang akan dipilih walaupun bekas yang rendah mempunyai isipadu yang lebih banyak.Untuk membetulkan keadaan ini beberapa langkah pengajaran perlulah dijalankan untuk memperkembangkan konsep dan membantu kanak-kanak mempelajarinya dengan lebih baik dan berkesan.Proses pengajaran dan pembelajaran haruslah mengambil kira pengetahuan sedia ada murid dan aras penguasaan mereka terhadap sesuatu kemahiran, begitu juga penggunaan bahan-bahan bantu mengajar yang bersesuaian ( mudah didapati, murah dan menjimatkan)

Bahan Bantu Mengajar ( murid-murid berpencapaian rendah)






                                                                                                                                                           
i-                    Jag                                 
ii-                  teko
iii-                2 biji botol yang berbeza ketinggian
iv-                beberapa biji cawan kertas yang sama saiz
v-                  mangkuk
vi-                kad jawapan 1 dan 2
KAD 1
       BEKAS
               ISIPADU
KEPUTUSAN
BOTOL MINERAL KECIL

…………….CAWAN KERTAS
LEBIH BANYAK/

LEBIH SEDIKIT
TEKO

…………….CAWAN KERTAS
LEBIH BANYAK/

LEBIH SEDIKIT

KAD 2
       BEKAS
               ISIPADU
KEPUTUSAN
BOTOLMINERAL TINGGI

…………….CAWAN KERTAS
LEBIH BANYAK/

LEBIH SEDIKIT
MANGKUK

…………….CAWAN KERTAS
LEBIH BANYAK/

LEBIH SEDIKIT



Aktiviti Pengajaran:

Kelas   : 2 Zamrud
Masa    : 10.30am haingga 11.30am
Bilangan Murid : 25 orang
Tajuk    : Isipadu cecair
Kemahiran       : Membandingkan dua isipadu cecair secara langsung dengan menggunakan ukuran bukan piawai ( non standard unit)
Objektif           : Pada akhir pengajaran murid-murid dapat membandingkan dua isipadu cecair dengan menggunakan ukuran bukan piawai (non standard unit).
Pengetahuan Sedia Ada:
Murid telah memahami istilah-istilah kosong, separuh penuh dan penuh dalam pembelajaran yang lalu

Set induksi :
Guru meminta murid-murid yang membawa bekas air minuman atau botol mineral menunjukkan baki air yang tinggal di dalam botol atau bekas minuman masing-masing. Murid mempamerkan bekas masing-masing kepada kelas.Guru secara rawak memilih beberapa orang murid untuk menyatakan baki air yang tinggal di dalam botol atau bekas air masing-masing (menguji pengetahuan sedia ada murid)

Langkah :
i.                    Guru menyoal murid bagaimana untuk membuat anggaran bekas air siapa yang mempunyai isipadu air yang masih banyak atau kurang(bekas air murid terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk serta ketinggian).
ii.                  Guru seterusnya menunjukkan dua bekas yang berbeza saiz dan ketinggian iaitu jag dan botol yang mempunyai isipadu air yang penuh kedua-duannya.Guru menunjukkan cara untuk menyukat air menggunakan cawan untuk setiap bekas.Setiap cawan mestilah diisi penuh dengan air.
iii.                Guru seterusnya memanggil dua orang murid untuk melakukan perkara yang sama dengan menyukat air yang ada didalam botol pula.Murid melakukan aktiviti seperti di atas.Semua murid melihat dua aktiviti tadi dan keputusan bekas mana yang mempunyai isipadu air yang banyak dapat diperolehi.
iv.                Murid dibahagikan dalam kumpulan berempat dengan setiap kumpulan diberi 2 bekas yang berbeza saiz dan cawan kertas serta kad jawapan yang sangat mudah. Murid menulis keputusan di atas kad jawapan.Murid menyatakan bekas mana yang mengandungi lebih isipadu cecair di dalamnya dengan membulatkan keputusan jawapan.
v.                  Murid membuat latihan di dalam lembaran kerja yang diberikan oleh guru.
Penutup:
Guru menyoal semula apakah alat yang sesuai untuk menyukat isipadu seperti yang telah dipelajari di atas dan membuat kesimpulan bilangan penyukat contohnya cawan yang banyak menunjukkan bahawa isipadu cecair dalam bekas berkenaan lebih banyak begitulah sebaliknya sekiranya bilangan cawan kurang.

 
Bahan Bantu Mengajar 2 .( Murid berpencapaian tinggi)

Bahan-bahan bantu mengajar 2 adalah sama seperti bahan-bahan bantu mengajar 1 , penambahan baldi sahaja dan perbezaan jadual aktiviti.





I - baldi
ii- botol mineral
iii- cecair berwarna
iv- mangkuk
v-  cawan kertas
vi- teko
vii- jag


Aktiviti Pengajaran:

Kelas : 2 Baiduri
Masa    : 8.10am hingga 9.00am
Bilangan murid : 35 orang
Kemahiran       : Membandingkan dua isipadu cecair secara perbandingan terus dengan menggunakan ukuran bukan piawai (non standard unit)
Objektif           : Pada akhir pengajaran murid dapat membandingkan dua isipadu cecair dengan menggunakan ukuran bukan piawai (non standard unit).
Pengetahuan Sedia Ada:
Murid telah memahami istilah-istilah kosong, separuh penuh dan penuh dalam pembelajaran yang lalu.

Set induksi:
Guru menguji pengetahuan murid dengan mengisi penuh air ke dalam botol mineral dan menuangkannya ke dalam sebuah teko. Didapati air masih berbaki di dalam botol.Guru menyoal murid bekas manakah yang dapat mengisi jumlah air yang lebih banyak..

Langkah:
i.                    Guru menyediakan dua bekas yang berbeza saiz dan ketinggian dan menyoal murid bekas manakah yang dapat mengisi banyak air . Murid menjawab soalan guru.
ii.                  Guru seterusnya memanggil dua orang murid ke depan kelas dan melakukan aktiviti seperti arahan guru.Murid A akan menceduk air dari baldi yang disediakan dengan menggunakan cawan kertas.Manakala murid B akan mengira dan mencatat bilangan  cawan kertas apabila bekas itu telah penuh diisi air. Jadual besar dilukis oleh guru di papan putih supaya murid-murid lain dapat melihat perbandingan isipadu air di dalam kedua-dua bekas.
iii.                Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan di beri beberapa jenis botol pelbagai saiz dan ketinggian,besen, cawan kertas dan baldi air.Murid membahagikan tugas masing-masing dan menjalankan aktiviti seperti tunjukcara di atas.Murid melabel bekas dengan sticker untuk melihat perbezaan isipadu air dan mencatat jawapan  didalam jadual yang disediakan.
JADUAL 1
       BEKAS
     ISIPADU
    KEPUTUSAN
A
Botol mineral water
………cawan kertas


B
Mangkuk
………cawan kertas


C
Teko
………cawan kertas


D
Jag
………cawan kertas



iv.                Murid akan membanding beza isipadu didalam setiap bekas berdasarkan bilangan cawan kertas yang digunakan sebagai ukuran bukan piawai.
v.                  Guru mengedarkan lembaran kerja latihan dan murid membuat latihan yang diberi.

Penutup:
Guru bertanya semula murid adakah nampak lebih tinggi itu dapat memuatkan isipadu air yang lebih banyak berbanding dengan bekas yang rendah tetapi lebih besar ruangnya  ( berdasarkan bahan-bahan yang digunakan di atas).Murid menjawab soalan guru dan membuat kesimpulan daripada pemerhatian di atas .


PENUTUP

Proses pengajaran yang berbantukan bahan-bahan bantu mengajar yang bersesuaian dapat membantu murid-murid memahami sesuatu konsep dengan lebih mudah. Ini dapat mengelak daripada terjadinya tersalah konsep dalam menyukat.Selain itu aktiviti yang bersesuaian dengan aras pencapaian murid juga harus diambil kira. Penglibatan semua murid agar dapat merasai pengalaman sebenar harus dititik beratkan tanpa ada berlakunya pengabaian. Langkah terakhir ialah memastikan semua murid memahami apa yang telah dipelajari berdasarkan latihan yang diberi sama ada dalam bentuk lisan ataupun bertulis.Ini adalah untuk memastikan sejauh manakah pembelajaran itu berjaya mencapai objektif yang disasarkan.



RUJUKAN:
1.   Anne Toh. (2011).Modul Aktiviti Standard Mathematics Year 2.Pearson Malaysia Sdn.Bhd.Petaling Jaya.

  1. Liew Su Tim.Cham Juat Eng.(2003).Mathematics Text Book Part 2 Year 2. YPJ Publications & Distributors Sdn.Bhd.Johor Bahru,Johor.

  1. Liew Su Tim.Cham Juat Eng.(2003).Mathematics Activity BookPart 2 Year 2. YPJ Publications & Distributors Sdn.Bhd.Johor Bahru,Johor.

  1. Murugiah s/o Velayutham.Kao Thuan Keat.(2010). HBMT2103 Teaching Mathematics in Year Two.Open University Malaysia.Kuala Lumpur.

  1. Ministry Of Education Malaysia.Integarated Curriculum for Primary Schools.Curriculum Specification Mathematics Year 2.Kuala Lumpur: Curriculum Development Centre.